Sunday, 25 August 2013

CUCUR JAGUNG

Assalammualaikum.......

Hai semua.. Ni first time yana post dalam blog ni and sebenarnya memang takde experience langsung pun blogging-blogging ni. So main tulis jelah eh. Dalam blog ni yana akan share seberapa boleh resipi samaada dari rekaan sendiri atau kaum keluarga yang terdahulu. cewwahhh :-p

Untuk hari ni yana nak share sikit la cadangan untuk minuman petang sambil tonton tv dengan family sambil santai-santai la kan. Seperti yang kita tau, makanan atau kuih muih yang bergoreng-goreng ni memang la favourite orang asia kita ni. Jarang kita-kita ni suka kuih yang kukus-kukus melainkan tok nek kita dulu. Moyang, nenek kita suka la kan lepat pisang la, lepat ubi la. Orang sekarang mungkin suka tapi masalahnye malas nak membuat tu and alasannya susah cari daun pisang. hahaha

Resipi yang yana nak kongsi ni resipi dari keluarga jugak la iaitu "CUCUR JAGUNG". Macam pelik kan? hehe.. tp sedap rasanye. insyaAllah. So kat sini yana nak bgtau la bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi cucur jagung ni.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah
:  1/2 kg tepung gandum
: 2 Batang jagung mentah
: Seulas bawang besar
: Daun kucai
: Udang basah dalam anggaran 500 gram
: Sebatang atau 2 batang lada besar
: Garam secukup rasa
: BIcarbonate soda
: Sebiji telur

Gaul semua bahan supaya sekata dan secukup rasa. Biarkan sekejap supaya ia kembang selepas diletakkan bicarbonate soda kemudian goreng dengan api yang sederhana besar. Cucur jagung ni lebih sedap jika dimakan dengan sos yang direka. Jangan lupa membaca bismillah dan selawat masa memasak tu, InsyaAllah sedap. Nampaknya cukup setakat ni la post kali ni, terima kasih pada yang sudi membaca dan selamat mencuba semua...... bye-bye :)