Thursday, 26 September 2013

BALUTAN KASIH LIYANA




Assalammualaikum semua.......



Sebelum terlupa, saya nak ucapkan kepada rakan sekelas dan semua warga KUIM yang akan mengambil final exam bermula 7 Oktober ini semoga sentiasa sukses dan selamat berbuku-bukuan dan pening-peningan dan semoga mencapai target yang cemerlang....

hari ni yana nak share sikit resipi yang mudah lagi sihat ni.. Resipi ni memang sangat sesuai untuk mereka yang lapar2 tapi malas nak masak tu... hehe,, resipi ni pun sangat sesuai untuk buat sarapan,,,

resipi ni saya reka sendiri tau........... resipi ini dinamakan "BALUTAN KASIH LIYANA"

cewahhh>> hehehehe...... balutan tu bahasa melayunya, bahasa inggeris atau bahasa yang sering digunakan adalah wrapped...

bahan-bahan yang diperlukan adalah :

- Wrapped yang telah digrill atau panaskan
- Ayam/Daging burger yang telah digoreng dan dihiris halus
- Salad segar
- Kobis ungu
- Tomato
- Thousand island sos
- Kewpie mayonis

Simple je kan bahan yang diperlukan? yang penting ia sangat lazat dan sihat.... Biasanya wrapped ni dijual di kfc, mcd dan isinya lebih kepada daging-dagingan.. resipi yang saya reka ni lebih berkhasiat dan jimat berbanding wrapped yang dijual,, hehehe. suke hati sy je kn? heehe. pendapat sy je...

selamat mencubaye semua,,, mesti sedap... :)

Friday, 13 September 2013

AIR SEROBAI




Assalammualaikum............




hai... yana nak share lagi resipi minuman....
ini resipi potong kaki punya kalau minum selalu tp kalau sekali sekala time tekak haus and cuaca panas okla.....
air ini dinamakan "air serobai"

antara yang diperlukan adalah

- Kordial sirap
- Air karbonat ais krim soda
- susu pekat F&N
- Ais yang banyak

Gaulkan semuanya dan minumlah... lega tekak... enjoY~ :)

AIR JANDA PULANG


Assalammualaikum.......

So, dah banyak kan share resipi makanan kan? Lepas kenyang makan mesti nak minum kan.....
kat sini yana nak share resipi air baekk punya... " AIR JANDA PULANG"...
Wahh.. nama air pun dah meriah.. so ape yang diperlukan adalah....

- Kordial mangga
- susu pekat/krimer
- Nata de coco
- Ais dan ais krim vanilla

campurkan semua bahan kecuali ais krim yang hanya diletakkan di atas air yang telah siap....
done! cuba tau!!! :)

SAMBAL GESEK WAN MUDA





Assalammualaikum.....



Hai3...... ok, kat sini yana nak share resipi yang mudah dan sangat digemari oleh mereka yang sukakan pedas. Kebanyakan orang asia kita ni memang taklalu nak makan kalau takde pedas sebab pedas ni penaik selera katanya.... so kat sini yana nak share resipi

                                                    " SAMBAL GESEK WAN MUDA"

Hehe.. penah dengar? takpenah kan... tapi takpelah, ni bahan-bahan yang diperlukan,,,,

- ikan bilis yang digoreng sehingga garing
- cili padi
- limau kasturi


 cara-caranya
- gorang ikan bilis hingga garing
- tumbuk cili padi sehingga lumat mengikut tahap kepedasan korang
- tumbuk ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul bersama cili padi tadi
- kemudian perahkan limau kasturi

sekian. mudah kan? wan yang ajar ni.. selamat mencuba :-)

KEK BATIK HAZEL

Assalammualaikum.....


Hai semua. Selamat menyambut hari Malaysia. cehhhh... huhu.. hari ni yana nak share sikit resipi "KEK BATIK HAZEL".
Pernah dengar? normally kita dengar kek batik je kan. So kat sini yana nak buat kelainan sikit dengan tambah hazel dalam kek batik. Takdelah nak lain sangat pun kan. :)
ok, meh yana share bahan-bahan yang diperlukan.
 1 kg biskut marie
1 pack besar milo
2 tin susu pekat
300 gram planta
300 gram kacang hazel

ok done... nak rasa yang lebih sedap kita guna milo ok sebab kadang-kadang ramai orang menggunakan koko dan rasanya kurang sedap dan menarik berbanding menggunakan milo.
so, have agood try korang :-)

Sunday, 25 August 2013

CUCUR JAGUNG

Assalammualaikum.......

Hai semua.. Ni first time yana post dalam blog ni and sebenarnya memang takde experience langsung pun blogging-blogging ni. So main tulis jelah eh. Dalam blog ni yana akan share seberapa boleh resipi samaada dari rekaan sendiri atau kaum keluarga yang terdahulu. cewwahhh :-p

Untuk hari ni yana nak share sikit la cadangan untuk minuman petang sambil tonton tv dengan family sambil santai-santai la kan. Seperti yang kita tau, makanan atau kuih muih yang bergoreng-goreng ni memang la favourite orang asia kita ni. Jarang kita-kita ni suka kuih yang kukus-kukus melainkan tok nek kita dulu. Moyang, nenek kita suka la kan lepat pisang la, lepat ubi la. Orang sekarang mungkin suka tapi masalahnye malas nak membuat tu and alasannya susah cari daun pisang. hahaha

Resipi yang yana nak kongsi ni resipi dari keluarga jugak la iaitu "CUCUR JAGUNG". Macam pelik kan? hehe.. tp sedap rasanye. insyaAllah. So kat sini yana nak bgtau la bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi cucur jagung ni.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah
:  1/2 kg tepung gandum
: 2 Batang jagung mentah
: Seulas bawang besar
: Daun kucai
: Udang basah dalam anggaran 500 gram
: Sebatang atau 2 batang lada besar
: Garam secukup rasa
: BIcarbonate soda
: Sebiji telur

Gaul semua bahan supaya sekata dan secukup rasa. Biarkan sekejap supaya ia kembang selepas diletakkan bicarbonate soda kemudian goreng dengan api yang sederhana besar. Cucur jagung ni lebih sedap jika dimakan dengan sos yang direka. Jangan lupa membaca bismillah dan selawat masa memasak tu, InsyaAllah sedap. Nampaknya cukup setakat ni la post kali ni, terima kasih pada yang sudi membaca dan selamat mencuba semua...... bye-bye :)